Thursday, June 30, 2011

Percubaan kedua...

Kali ni email guna phone.

Entri pertama guna handphone

Cubaan pertama update blog guna hp aku ni. Kalau korang boleh baca dan lihat gambar Arif ni maknanya aku berjaya lah ya. Tidurkan Arif sambil berblog hehe.

Call Me Tones....

Suka tak letak call me tones pada henpon korang?
Alaah...music to your caller's ears tu..
Atau dalam bahasa mudah, bila orang tepon kita,
nada dering yang dia dengar sebelum kita jawab tepon tulah...:p

Aku sebelum ni pernah lah letak, lepas tu stop. Ni saja pasang balik.
Tapi telefon aku ni jarang benor berdering.
Kalau berdering pun biasa SRD yang teponnya.
Tapi kalau telefon dia memang boleh kata setiap 1/2 jam ada je bunyi...huhu.
Ada masa geram juga, tak habis-habis ada orang cari.

Paling tak suka, bila aku cuba tepon dia, tak berangkat-angkat.
BZ benor lah tu..huhu.

Oleh kerana selalu jugalah aku telefon, dia lambat angkat
Aku pun pasanglah Call Me Tones kat henpon dia tanpa dia ketahui
Dan semalam, balik dari kerja, sibuk dia bertanya...

"Ibu ada letak lagu ke kat telefon abang? 
Lagu apa ibu letak? 
Dua tiga staf tanya abang, lagu apa kat nada dering menunggu abang tu."

"Oh! Ya ke? Diorang kata apa?"

"Si Kanna kata best! Tapi staf pompuan kata geli je Dr. Lagu apa tu?"

Hahah....korang nak tahu tak lagu apa aku letak kat CMT dia...
Lagu nilah....hihi







Aku letak bahagian yang mula je tu...
Bahagian yang liriknya kata...

Kau bilang padaku
Kau ingin bertemu
Ku bilang padamu
Oh ya nanti dulu

Aku lagi sibuk sayang
Aku lagi kerja sayang
Untuk membeli beras
Dan sebongkah berlian

:) ...ampun bang! Suka bahagian yang aku bold merah tu...
BZ sangatkan, jadi bila aku telefon tak berangkat tu, dengar macam tu, sejuk rasa....hihi.

Psst...kotlah nanti dapat sebongkah berlian kan bang!:x.

Korang ada pasang tak CMT ni? Lagu apa ya?

~ يوس ~

Sendiri godek, sendiri tak puashati...huwaa!

Nilah, dari tadi dok godek-godek background dan header blog aku ni.
Tapi lagi godek, lagi tak puashati.
Tak cantik kan! Huwaa!!!

Saper suruh godek-godek?

Ni namanya banyak kerja, tapi suka gak nak buat kerja lain...hihihi.

Aku rasa tukar yang asal jelah, korang rasa macam mana?
Tapi konon-konon nak nampak lain sikit dari selalu.

Nanti kot aku godek lagi, sekarang kena stop dulu..huhu

~ يوس ~

Wednesday, June 29, 2011

Terpilih, tiada yuran tahunan sepanjang hayat, tapi kena bayar???..huh!

Baru saja terima call dari mamat mana ntah. Dia perkenalkan dirinya sebagai Shafie. Jelas beliau nama aku terpilih dari 3000 pemegang debit kad visa maybank untuk menerima diskaun kad dari syarikat dia. tak ingat syarikat apa dia sebut.

Aku ni mula-mula blurr juga. Dia tahu nama penuh aku. Dia tahu aku adalah pelanggan maybank yang tiada sebarang masalah katanya. Maka nama aku terpilih secara rawak.

Macam-macam dia sebut tentang kelebihan kad diskaun tu. Antaranya, aku boleh dapat diskaun untuk penginapan di mana-mana hotel dalam negara. Hari pertama penginapan percuma, kedua dan seterusnya saja berbayar. Lagi, untuk membeli-belah di pasaraya terpilih pun aku boleh dapat diskaun sehingga 25%. Bukan aku saja, semua ahli keluarga dengan syarat akulah yang bayar guna kad diskaun tu. Huh! Itu tentu akulah yang kena beli, bukan keluarga aku namanya..CEH!!

Apa lagi tadi ya? Ha! Nak hidupkan insurans kereta pun boleh dapat diskaun 5%. Dan banyak lagi katanya yang aku boleh baca sendiri bila dia hantar kad dan segala maklumatnya nanti.

Tiada yuran tahunan sepanjang hayat, tiada expired date, boleh guna bila-bila masa. Bila dia minta alamat saja untuk penghantaran, aku masih tak puashati. Aku tanya, betul ke takde bayar apa-apa?

Masa tu barulah nak cakap, bohonglah kalau takde bayar apa-apa kata dia. Kemudian kata dia, ada bayaran untuk keluarkan kad dan bayaran itu hanya sekali saja seumur hidup yang akan di tolak dari maybank akaun aku. Bila aku tanya berapa bayaran, macam tak jelas je dia menyebut. Aku tanya sekali lagi, baru jelas. Tahu berapa kena bayar??

RM499!!!!. Mak datuk! Terus aku kata, aku tak nak! Nasib tak beri alamat lagi. Dia tanya kenapa tak nak kak! Sebab kena bayar sekali ni je ke?

Aku jawab, RM499 tu, kalau RM40 pun aku tak nak. Lagipun aku nak buat apa? Surirumah je pun. Baiklah tawarkan kat mereka-mereka yang banyak berjalan ke sana-sini tu.

Tahu tak apa dia buat. Terus dia yang letak telefon. Huh!!!! GERAM TAU! X-(

Macam-macam cara orang nak kaut duit sekarang kan. Nombor dah lah dari no henpon. Kenapa bukan no landline kalau dari syarikat kan. Huh! 

Korang pernah kena macam ni tak?

~ يوس ~

Alhamdulillah....hari ulangtahunnya muncul lagi

Tak dapat nak sembunyikan rasa gembira, bahagia dan syukur kepadaMu Ya Allah, bila mana hari ini muncul lagi...

Apa aku nak cerita ya?? 

Tahun lepas ini entri aku untuk dia...

Tahun ini......
Tak tahu nak coret apa di sini, tapi aku bahagia mendapat suami sebaik dia. 
Dan bila mana hari ulangtahun nya tiba, aku pun turut gembira. 
Semoga umurnya masih ada untuk kami, 
kesihatannya sentiasa baik untuk kami dan 
kasih-sayangnya sentiasa melimpah untuk kami.


Selamat Hari Ulangtahun suamiku...
We love u so much!!:x

******************************************
Cerita pagi ini yang mencuit hati aku. Aku pesan dengan semua anak-anak supaya jangan lupa ucapkan happy birthday untuk abah pagi ini. Masing-masing teruja nak ucapkan pada abahnya. Tapi aku suruh semua siap mandi dulu.

Tapi, paling buat aku tersenyum ialah Abid. Bila aku ingatkan kembali pagi ini, dia bertanya kepada aku,

"Hari ini berapa haribulan ibu?", tanya Abid.

" Hari ini 29hb 6 lah, kan birthday abah bulan 6", jawab aku.

"Kenapa birthday Abid bulan 11?? Lama sangatlah!! Abid nak birthday Abid cepat!", sambil buat muka sedih.

Serius sedih benor muka dia.

"Habis, Abid dulu lama sangat dalam perut ibu. Abid suka duduk dalam perut ibu kan.  Bulan 11 baru Abid nak keluar dari perut ibu. Tulah birthday Abid bulan 11."

:)):)), nasiblah nko dapat ibu loyar buruk Abid..hihi. Muka dia tersenyum juga lepas tu..

~ يوس ~

Tuesday, June 28, 2011

Ibu! Mama kawan Abid kasi buah kelapa!!

Membawa masuk buah itu dengan terhenjut-henjut. Dengan penuh yakin, Alia menjerit memanggil aku.

"Ibu!! Ni mama kawan Abid tu kasi ibu buah kelapa", terang Alia.

"Kawan Abid yang mana? Farah ke?", tanya aku.

"Ha'ah, mama Farah kasi ibu buah kelapa ni," jelas Alia lagi.

Aku pun tengoklah buah kelapa yang di maksudkan Alia dalam plastik yang dia bawa. Cer korang pun tengok sekali buah ni. Ada rupa buah kelapa ke?.....:))

Ha! Nilah dia buah kelapa yang Alia kata tu. :D
Korang kenal tak ni buah apa? Siapa kenal sila beritahu ya. Siapa tak kenal silalah teka...hihi.

Nilah untungnya hidup berjiran. Dah setahun lebih duduk sini. Biasa senyum-senyum saja dengan akak ni. Rumah dia rumah kampung di hadapan taman kami ni. Belakang rumah dia memang banyak pokok buah-buahan. Selama ni tegur-tegur gitu je. Tapi sejak Tok Ba, pemandu van sekolah yang biasa anak bongsu dia naik tu sakit, makanya anak dia balik sekolah dengan aku. Bila orang dah minta tolong, aku memang ok je. Lagipun satu jalan kan, sama pula kelas dengan Abid.

Aku ada citer kan, sekarang tugas aku sebagai pemandu anak-anak balik dari sekolah kembali semula. Samalah tu sebabnya dengan akak ni. Tok Ba yang bawa van sekolah tu dah tak bawa van sekolah lagi..huhu.

Sejak itu, tak putus aku dapat rasa buah-buahan dari kebun dia tu. Mula-mula kuini, lepas tu nangka, sekarang sukun. Wah! seronok gitu. Pokok pisang dia pun banyak. Lepas ni tak segan lah aku nak minta sikit daun pokok pisang dia, kalau tak selama ni pandang dari jauh je :">.

p/s: Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa kan....

~ يوس ~

Malam Isnin kami tengok drama

Hari lain kami jarang benar menonton drama. Waktu lain juga susah nak lihat kami menonton drama. Menonton drama di sini, ialah satu keluarga menonton dengan semua tertunggu-tunggu episod berikutnya.

Tapi hari Isnin setiap 9 malam, kami sekeluarga mesti berada di depan tv semata-mata nak tengok drama Juvana ni. Dari episod pertama lagi kami tengok dan nampaknya sampai semalam belum ada lagi tertinggal sebarang episod.

Bukan aku saja yang suka, anak-anak pun suka. "Cepat ibu, Juvana dah nak mula", kata Aqil  sewaktu aku sibuk mengemas meja makan di dapur.

"Ibu, hari ini hari apa? Hari Isnin kan. Juvana hari Isnin kan", kata Abid pula. ( dari waktu siangnya dah bertanya ok!)

Pendek kata mereka suka pula tengok cerita ni. Ada mesej tersembunyi di dalamnya.

Aku tak tengok Nora Elena, serius satu episod pun tak pernah tengok. Ada lah tertengok 10 minit gitu kot, tapi Juvana ni memang aku suka tengok. Mula suka dengan Zahiril Adzim dan Izreen Azminda. Best pula tengok lakonan mereka.

para pelakon utama Juvana
Episod semalam buat aku geram! Ada juga cikgu peel gitu ya. Cikgu Ariffin tu bermasalah!!! Macam manalah semua pelajar nak berubah kalau macam tu. Dan lebih sakit hati, warden Raja pun bermasalah. 

Dan bila aku baca sinopsis cerita ni di blog ini, baru aku tahu, ada agenda tersembunyi rupanya warden Raja ni. Dia tak mahu semua pelajar berubah jadi baik ke? Aduhai! tak sabar nak tunggu episod seterusnya.

Korang semua layan tak drama Juvana ni?
~ يوس ~

Monday, June 27, 2011

Bila setiap hujung minggu tak lekat di rumah

Wah! Seronoknya. Setiap hujung minggu ada saja aktivitinya!

Kata siapa tu? Kata akukah?

Korang jangan pening-pening eh! Aku memang kepenatan ni. Setiap hujung minggu, tak pernahnya lekat di rumah. Tak lekat di rumah bukan kerana siangnya asyik berjalan, pegi sana, pegi sini, (adalah juga ke sana sini) tapi malam pun tak lekat di rumah. Maksud rumah di sini, rumah sendiri ok. Hujung minggu saja, mesti kami tidur tempat lain...huhu.

Seronok? Memang seronok. Kita ambil  contoh sepanjang bulan June ini.
  • 4-5 June, ni aku tak ingat ada kemana-mana tak? Rasanya ada, tapi tak catit di blog pula.
  • 11-12 June, Sabtu tu hari terbuka UTHM, petang tu terus balik rumah mil di Muar. Ahad petang baru sampai rumah semula.
  • 17-19 June, ke Kuantan. Ahad maghrib baru sampai rumah.
  • 24-26 June, Jumaat tu balik rumah mil, malam tengok maharaja lawak di sana. Sabtu tengahari balik Melaka pula. Ahad sampai rumah sendiri pukul  9.30 malam..huhu.
Semalam adik aku kata, "akak kalau balik rumah emak malasss".Statement boleh buat hati panas mendengarnya!

Seronok weii, bila balik rumah emak, dapat senang-senang jap, makan dah siap masak, emak masak banyak lak tu. Tinggal makan je..hihi.

Nko jangan jeleslah dik, nko pun balik rumah emak, membongkang je kan. Akak at least tak tau!..:p

Tapiiiiiiii.......yang tak bestnya bila dah sampai rumah sendiri. Penat tau! Satunya, tiap hujung minggu, kena packing dan unpack baju. Paling tak tahan, hari Isnin je mesti baju melambak-lambak nak basuh. Tak cukup sekali je mesin tu berpusing, kurang-kurang 3 kali. Keluarga dah 6 orang kan.

Tu pasal aku suka bermalas-malasan bila balik rumah emak. Tapi balik rumah mil, aku ada segan sikit nak buat gitu. Kenalah juga tunjuk muka bantu mana yang patut kan..haha. Sah memang bukan anak yang baik ni, menantu baik okle, ke tunjuk baik je...huhu. Memang aku merepek, melalut ni.

Hujung minggu akan datang ni pula, ke Kuantan lagi....:). Jalan lagi.....

Oh tidak! Bukan aku tak suka jalan, suka tau!! Kalau tidak aku mesti tak nak ikut punya. Cuma bila tiap2 minggu jalan, nilah jadinya, lepakkkkkk.....

Masa jalan-jalan tu tak ingat kan, dah balik jalan, baru nak membebel. Alhamdulillah, dapat lagi jalan-jalan, kang bila terperap je kat rumah lagi tak suka!!:)>-

Ok, ok. Hari ini mari sama-sama kita lihat gambar-gambar Arif ni. Balik dari Melaka semalam, sempat lagi shopping kat Carefour. Bila tengok raut di wajahnya, penat juga kot...

Bilalah nak sampi rumah ni. Lagi tadi kat sini je

Abah ni nak bawa aku pergi mana ni? Tin susu ni beratlah abah!!

Abang Abid ni memang tak habis-habis nak kacau aku. Takde kerja lain agaknya??

Boringgnya!! Bila aku nak dapat "tekk" ni...Ibu, cepatlah!
Haha...serius memang penat Arif tu. Dalam kereta terus tidur dia selepas "ngempeng" dengan aku. Tak sedar apa dah lepas tu, terus sampai pagi...hihi.

p/s: Suka sangat SEPAH menang maharajalawak..hihi. MIL aku peminat SEPAH no 1 tau!
~ يوس ~

Friday, June 24, 2011

Iceblended

Image ehsan google
Petang-petang dapat minum iceblended memang best. Anak-anak aku dah dua hari balik je sekolah agama ini yang mereka minta. Kalau hari-hari mau rabak poket abah dia...haha.

Tadi, sekali lagi balik dari sekolah agama, ini yang mereka minta. Aku pun join sekali. Serius sedap!! Penjualnya nenek yang sangat ramah tamah. Kalau macam ni, jadi pelanggan tetaplah nampaknya..huhu.

Iceblended kami, sekejap saja dah habis. Perisa mocha, manggo, chocolate dan grape. Perisa manggo tu mmg sedap lah. Lain kali aku nak yang tu lah...:). 
p/s: Dah boleh masuk blog kak Ati...:).  

Tadi ambil result sekolah agama anak-anak. Yang seorang dapat no 1, seorang lagi no 1 juga tapi tambah 0 di belakang..hihi. Apa pun tahniah semua anak-anak ibu!

~ يوس ~

Pertanyaan untuk Kak Ati Masrif dan Video Cute Alia

Pagi tadi cuba buka blog  Flowers of My Life milik kak Ati Masrif seperti biasa. Tiba-tiba keluar message ini.
Blog dibuka untuk invited readers saja.
Kenapa ya kak? Blog sedang di ubahsuai, atau sekarang Yus memang dah tak boleh masuk blog akak ni? Beberapa kali cuba masuk, masih dapat message yang sama. Sedih pula rasa. Harap yus di jemput masuk juga ya...:).

Korang yang lain, yang biasa masuk blog kak Ati, ada masalah serupa tak? 

**************************************************************






Ini pula memori yang masih segar di ingatan. Klip video di ambil pada tanggal 21 April 2007 di ketika usia Alia 2 tahun 4 bulan dan Aqil baru 5 tahun. Ibu ketawa melihat klip video ini kembali...:)). Alia cute tau!!!

Video di petik dari entri asal di sini.

Sekarang dah besar dah anak-anak ibu ni. Seorang dah tahun 1, seorang dah tahun 3. Petang ni ambil keputusan periksa sekolah agama pula. Apalah keputusan mereka agaknya?

p/s: Ibu rindu dengan rambut kerinting Alia yang dulu ni. Kalau tak kerana ubat kutu tu, mesti rambut Alia masih sama kan...huhu. Hilang dah curly hair dia angkara kutu...:(.
~ يوس ~

Thursday, June 23, 2011

Online Game...

Anak-anak aku memang suka main online game, terutamanya Aqil.

Biasanya aku pun tak tahu, game apa yang dia main. Aqil selalunya main game dalam facebook tu. Al-maklum dah ada fb sendiri.

Hari ini sebab balik sekolah awal kerana ada hari terbuka tu, masing-masing sibuk main online game awal lah kan.

Dalam pada aku berblog ni, dengarlah suara2 sumbang datang dari website game yang dia main tu.

Mari kita tengok game apalah yang anak-anak aku main ni. (Sempat print screen tu!)

Aqil main game SpongeBob ni..huhu

Alia pulak game beauty pageant. Hmm..kalau dah pompuan tu pompuan jugak...hahahah
Oklah, nak kena ambil mereka dari balik mengaji ni. Lepas tu nak pi beli iceblended. Dah janji dengan anak-anak tadi, kalau tak belikan, mau mengaruk satu hari..huhu


~ يوس ~

Keputusan dah keluar....

Bersiaran lambat hari ini. Pagi tadi ke sekolah. Ada hari terbuka sekolah. Hari terbuka biasalah, ambil slip keputusan anak-anak.

Selama ni, tak pernah rasanya aku letak di blog keputusan periksa mereka. Tapi, balik tadi, Alia boleh pulak kata, " Ibu kan letak kat blog ibu Abid punya keputusan periksa. Alia punya ibu letak juga eh!"

Itu kata Alia, dan bila aku tanya Aqil, "Aqil pun nak ibu letak di blog ibu juga ke?" Dia jawab, " Hmmm, bolehlah. Eh! Tak payahlah ibu...".

Tetapi untuk adil aku letak juga kedua-duanya di sini. 

Keputusan periksa Alia (Tahun 1 Terbilang)

Keputusan periksa Aqil (Tahun 3 Terbilang)
Bila lihat kedua-dua keputusan, biasalah Aqil kata, Alia darjah 1, senang je. Yalah dia dulu Tahun 1 pertengahan tahun no 1 dalam kelas. Apa pun bagi kami asal gred mereka bagus itu sudah cukup mengembirakan.

Aku risau dengan prestasi BM Aqil, semakin lama semakin merosot nampaknya. Dia memang lemah betul BM. Aku tak hantar mereka tusyen pun, mereka tusyen dengan aku saja. Buku latihan BM dah banyak aku suruh dia buat. Tapi dia memang lemah BM. Harap-harap lepas ni semakin baik. Bila aku kata, Aqil kena banyak baca buku BM, balik-balik buku BI juga yang dia baca.

Komen dari cikgu Alia, Alia sangat pendiam di kelas. Susah nak angkat tangan menjawab, tapi bila nama di panggil, dia boleh je jawab. Sangat pemalu..huhu. Betul ke ni Alia? Kat rumah bukan main lagi suara ya!

Komen dari cikgu Aqil, Aqil suka termenung di kelas, bila nama di panggil baru tersipu-sipu buat kerja semula. Tapi bila cikgu ajukan soalan, boleh je jawab dengan baik, cuma dia suka termenung. Menung apa tu Aqil?? Terkenangkan sapelah tu ya..huhu.

Apa pun tahniah untuk anak-anak ibu. Perbaiki lagi prestasi untuk akhir tahun nanti ya!

Sayang Aqil dan Alia....:x

~ يوس ~

Wednesday, June 22, 2011

Bila nak cepat, ada je yang melambatkan...hmm

Biasa tak terjadi kat korang, kalau dalam waktu tengah mengejar masa, nak cepat, tiba-tiba berlaku sesuatu yang menyebabkan korang lagi lambat?

Contohlah kan :-
  • Nak cepat mandi, sekejap lagi dah waktu berbuka (puasa masa tu), ambil tuala tiba-tiba tuala yang di ambil tu terkena botol minyak rambut di atas meja solek. Habis berderai jatuh ke lantai. Dah kena kemaskan dulu..huhu. 

  • Nak cepat kemas dapur, sekejap lagi nak keluar ambil anak-anak, tiba-tiba terasa nak minum air. Ambil cawan nak isi air, tak tahu kenapa cawan terlepas dari tangan pecah. Dah kena kemaskan dulu sisa cawan yang pecah tu...huwaa cawanku...:((.
  • Terbangun lambat di waktu pagi. Tergesa-gesa nak siapkan anak-anak ke sekolah. Tiba-tiba nampak semut yang banyak berbaris dari pintu depan sampailah ke tong sampah di depan pintu bilik air. Berderet semut tu hitammm je. Mulalah periksa apa yang semut tu berkenan sangat kat dalam tong sampah tu. Rupa-rupanya ada sisa chewing gum yang anak makan semalam. Geramm nya!!.... Aku pula jenis tak boleh biarkan benda tu bila dah nampak. Mulalah bersihkan dulu. Lagi lambat jadinya..huhu.

Ok, ini contoh yang terjadi kat aku beberapa hari nilah kan. Korang mesti ada contoh lain kan...Cer citer cer citer....hehe. 

Bila terjadi perkara seumpama, ada rasa stress tak?  Aku biasanya terus mood tambah ke laut...:banghead:

~ يوس ~

Kembalilah mood...

Pagi ini rasa mood hilang. Idea pun takde je nak update. Mana dia hilang??
Buka akaun nuff seperti biasa, sekali nampak satu BE baru. Dah hampir seminggu semua BE jadi ME, tu yang mood pun suram kot. Ada BE baru, segar sikit...:x. Terima kasih nuffnang. Harap2 BE dari "Trudy and Teddy 2nd Burst LR", lamalah menari dalam blog aku ni.

Semalam belajar buat Puding Roti Berkismis dengan Sos Kastard. Serius aku baru pertama kali buat resepi ni. Korang mesti dah selalu buat kan resepi mudah ni.

Rupa kurang menarik lorr

Sebenarnya teringat-ingat puding roti yang aku makan di hotel Grand Con Kuantan masa breakfast pagi Ahad hari tu. Sedapnya.........:thumbsup:. Kalau boleh nak je minta resepi dari chef hotel tu..huhu. Aku punya ni, tak sama rupa dia, tapi masih memenuhi citrasa jadilah.

Resepi aku cilok dari sini. Cuma aku punya ada tambahan chocolate rice.Alhamdulillah licin satu loyang tu. Len kali boleh buat lagi ni. Tapi masih gak teringat-ingat puding roti berkastard di hotel tu. Lainlah.....huhu.

Oklah kawan-kawan. Idea memang suam-suam kuku pagi ni. Nanti kita kongsi cerita lagi ya...;).

~ يوس ~

Tuesday, June 21, 2011

Cerita Telefon Awam dan Henpon

Teringat satu perbincangan pada suatu pagi semasa sedang breakfast di rumah MIL. Pasal telefon....Tiba-tiba aku boleh google pulak gambar telefon awam. Jumpa gambar ni...


Nostalgia betul!!Inilah rupa telefon bawah asrama blok aku dulu masa di ITM...haha. Tempat aku selalu bertenet dengan SRD sekitar tahun 94-97. Tenet guna telefon jer, al-maklum, bercinta jarak jauh...haha (korang jangan muntah hijau lak). Boleh lagi beratur tunggu giliran. Setiap kali nak telefon, turun bawah check berapa orang dah tunggu. So, sorang dalam, 1/2 jam paling lama. Lepas tu budget ler, kalau ada 3 orang sebelum tu, maknanya aku kena tunggu lagi satu jam setengah at least. Tapi biasanya lebih lama dari itu...huhu.

Masa zaman ni, ayah aku kerja angkut duit syiling dari telekom ke bank. Selalu minta ayah simpankan duit syiling untuk aku...huhu. Ayah pulak sporting. Duit syiling aku tak pernah putus. Habis jer, pi tukar dengan ayah. Zaman ni mana ada henpon macam bebudak sekarang kan. Budak sekarang sekolah rendah dah pandai guna henpon. Zaman aku dulu, seingat aku ada seorang jer roommate aku ada henpon. Tu pun telefon atur yang besar dabak tu, tahun 98 baru dia ada. Masa tu aku dah kat UiTM Shah Alam dah. 

Zaman time berkawan masa tu, selain telefon, surat menghubungkan kami. Biasa sebulan dapat dua pucuk surat. Kalau dapat surat memang happy gila. Lepas tu baru janji bila nak telefon. Seorang di KL, seorang di Melaka, memang setahun payah sekali nak jumpa. Jumpa pun time cuti semester, atau raya jer. 

Bila sambung degree di Shah Alam, dah dekat sikit masa tu, SRD pula di Bangi. Tinggal pula di rumah sewa. Mula2 takde telefon kat rumah sewa kami. Bila nak telefon, sanggup tu berjalan dengan beberapa kawan serumah ke pondok telefon berhampiran (sebenarnya agak jauh juga). Rupa telefon tu lebih kurang macam ni...


Ada dua tak silap kat kawasan rumah kami di Seksyen 8 tu. Yang satu tu, memang selalu macam nilah rupanya. Dah rosak, tak boleh berfungsi. Bila nak telefon mak ker, kampung ker, atau pakwe masing2, menunggulah kami bertiga, kadang berempat kat situ. Malam2 biasanya..hihi.

Inilah lorong jalan rumah kami di Shah Alam dulu. Aku ambil gambar ni masa kami ke Shah Alam tempohari. Jauh berbeza dari zaman kami di sana, al-maklum masa tu 98, sekarang 2011...huhu. Dulu rasa sunyi je, pokok pun tak banyak, panas rasa, sekarang cantik dah, riuh rendah dah.
Bila memasing dah dapat duit loan, baru kami pasang telefon di rumah sewa kami. Masa tu dah takde sibuk nak ke telefon awam lagi. Tapi bila nak buat panggilan, atau terima panggilan, masih lagi terpaksa menunggu giliran.Siap ada isi jadual lagi bila nak telefon atau tunggu telefon...hahaha....lucunya bila ingat balik.

Sekarang, dah macam2 henpon canggih di pasaran. Budak2 sekolah rendah dan menengah pun dah pandai guna. Tu yang tak habis2 bergayut jer tu. Tapi yang aku perhatikan, remaja sekarang ni, lebih suka ber'sms' daripada bercakap guna telefon tu. Contoh adik2 aku ler. Yang semua dah ada pasang makwe. Kadang2 aku naik geram pulak. Setiap masa dengan henpon tu. Masa tidur, masa makan, masa tengok tv, dalam toilet pun kadang masih dengan henpon. Bukan bercakap sangat, tapi ber'sms'. Selang beberapa minit, terima sms. Lepas tu jawab sms pun dah tak perlu tengok telefon dah. Mata pejam macam tido, tangan menekan butang telefon tu, jawab sms...huhu. Naik rimas kadang bila aku dengar kejap2 berbunyi henpon dia. Rasa nak baling pun ada....huhu.


Yang aku pelik tu, awek dia pun takde kerja lain ker? Takkan setiap 5 minit nak ber'sms'. Kadang tu bukan apa pun yang di tanya. Soalan macam "dah makan?"; "Makan apa tadi?"; "Buat apa tu?". Alahai....macam tak thrill lah hari2 asyik tanya benda sama. Lepas tu, kejap lagi jumpa....adoi lah. Aku yang naik meluat. Baru jer balik dating, dah ber'sms' lagi.. Takde kerja lain ker? 

Yelah, aku pun pernah juga melalui zaman ber'couple'. Tapi rasa memang aku tak boleh masuk ler cara bebudak sekarang ni. Macam nak berkepit jer pulak.... Rasa masa aku dulu lagi seronok. Nak jumpa, dengar suara ker susah. So, rasa lebih menghargai, bila jumpa tu. Mungkin aku ni dah tua kot. Dah tak boleh masuk dah cara macam tu..huhu.

Bagaimana pun cara kita, dalam pergaulan, kena ada batas2nya. Perlu jaga tatasusila antara lelaki dan perempuan. Ingat nama baik keluarga, itu yang paling utama. Kes-kes yang selalu aku baca dalam suratkhabar sekarang, kadang2 tu, memang menakutkan aku. Bagaimana aku nak hadapi persediaan untuk anak2 aku pula nanti. Zaman mereka nanti, lain pula caranya agaknya. Sekarang lagi senang, dah ada internet, web cam, kat rumah pun boleh lihat apa yang kawan2 mereka buat melalui web cam saja. Tak perlu keluar dah. Kalau dah keluar lagilah, macam2 pulak yang di buatnya...huhu.

Bagaimana agaknya aku nak hadapi persediaan menghadapi anak2 remaja nanti. Zaman aku pun ada juga kes2 yang tak elok ni, zaman sekarang lagiler...zaman anak-anak aku nanti?....hmmm

Dari bab telefon, masuk dah bab lain ni..haha. Korang baca jelah bebelan aku ni kan. Tapi betul. Sekarang ni lagi canggih kan. iPhone, iPad semua ada. MMS lagi, tak jumpa pun dah boleh tengok muka. Ber'FB' dan internet pun guna telefon je. Banyak sungguh perubahan dalam masa 13 tahun ni kan...hmmm.

~ يوس ~

Monday, June 20, 2011

Cerita kami ke Kuantan

Salam Isnin, selamat pagi semua....

Apa khabar hari ini? Aku sedikit penat. Baru pulang dari Kuantan semalam kan. Apa yang pasti, kami bukanlah pergi bercuti-cuti sakan, atau bersukaria. Kami sekeluarga mengikut SRD yang ada tugas di sana. Kiranya cuti-cuti kecil sajalah, sambil menyelam minum air gitu. Jadi tak dapatlah nak ke Gambang resort ke, TC ke, atau apa-apa tempat menarik yang di cadangkan tu. Apa pun TC dah pernah pergi dulu masa pertama kali ke Kuantan.

Jadinya, apa yang menarik kali ini dalam trip 2 hari ke Kuantan ni?

Sampai Jumaat malam, esok paginya SRD dah ada tugasan di POLISAS sampailah petang. Kami anak beranak di hotel saja. Lagipun penat, sambil tu melayan anak-anak menyiapkan kerja sekolah masing-masing dan tengok tv...:D.

Petangnya dah janji nak jumpa dengan blogger sarah-najwan sekeluarga. So, untuk cerita selanjutnya, kita tengok gambar ya...:)

bersama sarah-najwan dan keluarga. Mama sarah-najwan ni memang kecil molek je orangnya. TQ kak, sudi jumpa kami...:x
Sabtu malam mencari restoran Ana Ikan Bakar Petai yang popular tu. Memang ramai sungguh pelanggan dia, kena beratur nak tunggu tempat duduk..huhu
Antara pilihan seafood yang ada. Anak-anak suka sangat nampak ketam batu yang masih bergerak tu, dari mula sampai dah nak balik, asyik lah nak tengok ketam tu..huhu

Antara pilihan menu yang kami order

Ini menu utama yang popular tu. Ikan bakar + sotong bakar petai
Kiranya, puaslah makan malam tu. Rasa macam kenyang sangat pun ada..huhu. Untuk semua yang kami order malam tu seekor ikan pari, dua ekor sotong, 6 ekor udang, lala 1/2 kg, kailan ikan masin, tomyam campur, kerabu mangga dan minuman harganya 99 hinggit. Bagi kami harga ni biasa saja, lebih kurang je dekat sini, tapi mungkin sini lom jumpa lagi ikan bakar petai ni kot..hehe.
Ini pula aktiviti hari Ahad. Berendam di swimming pool. Aku pun berendam juga..hehe

Sebelum pulang, mengambil peluang bergambar di sini. Tak ingat nama tempatnya..haha. Orang Kuantan, sila beritahu, di mana ni ya? :D

Anak-anak yang ceria
Seterusnya, kami berhajat sangat nak merasa murtabak mengkasar yang popular di Pekan, Pahang tu. Makanya, kami pun mencarilah lokasi Murtabak Mengkasar yang katanya tebal dan sedap tu. Cari-cari punya cari, jumpalah, tapi takde rezekilah pulak. Tutup kedai tu..huhu
Hampa tengok kedai tutup, dapat tangkap gambar kedai jadilah, tak dapt nak merasa...:(
Tak dapat makan di situ, kami makan di Restoran Mesra Tomyam tak silap yang lokasinya di seberang jalan dari gerai murtabak mengkasar ni. Sedaplah juga.

Selesai makan, solat Zohor dulu di masjid berhampiran, kemudian meneruskan perjalanan ke BP. Penat! Sampai rumah lebih kurang maghrib. Al-maklum banyak kali juga berhenti sepanjang perjalanan tu. Apa pun enjoy dapat jalan-jalan dan makan-makan...hehe.

Oh ya! Ole-ole dari Kuantan yang kami bawa balik....
Hadiah dari mama sarah-najwan yang comel. Terima kasih kak. Belum sempat merasa lagi...:)

Oklah. Sekianlah saja cerita kami ke Kuantan kali ini. Nak sambung basuh baju lagi, trip yang ke 3 dah tu...huhu
~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...