Tuesday, January 25, 2011

Home » » :::Gemilang:::

:::Gemilang:::

[gambar]:ehsan google
Drama terbaru tv3 malam tadi. Siapa tengok? Aku tak niat nak tengok, tapi tertengok terus melekat. Best ceritanya, sedih. Episod 1 dah buat aku menangis, sampaikan anak aku Alia pun boleh berlinang air mata dia. Syahdu tengok bahagian masa flashback tahun 1964 tu.

Ada pendapat kata drama Gemilang ini sama hebatnya dengan drama Nur Kasih sebab pengarah dan penerbit nya sama, Kabir Bhatia, Filmscape. Wah! Lagi teruja nak tengok sampai habis ni.

Tapi serius, episod 1 semalam aku suka. Anak-anak aku yang turut serta menonton melontarkan pelbagai soalan melaluinya. Mereka seperti tak percaya, betul ke zaman dulu macam tu. Makan ubi kayu, pergi sekolah bawa buku 1 je, bawa papan tulis lagi, kena berjalan kaki merentas pokok getah, kena pula menolong ibu ayah menoreh.

Lepas tu adegan masa emak Lah tu bersalin di dalam rumah. Aqil sangat pelik. Dia tanya, "kenapa tak panggil ambulan? Boleh ke beranak dalam rumah. Tulah ibu dia mati, beranak dalam rumah."

Sesungguhnya mereka sangat tak percaya zaman atok nenek mereka dulu begitu. Satu pengajaran untuk anak-anak aku, yang sangat beruntung, manja dan dapat serba serbi yang di inginkan. Apatah lagi, bila mereka tengok letrik pun tiada. Suara dari Aqil, "tak bolehlah main game macam tu?".

Aduhai anak. Mana ada game atau komputer zaman itu. Lebih sedih bila adik-beradik terpaksa berpisah. Dijaga oleh orang lain. Anak-anak aku semua pun terpaku, tak mahu adik beradik mereka terpisah begitu.

Lakonan yang baik dari pelakon kanak-kanak yang jadi Lah tu. Siapa nama dia ye? Aku tak tahu...huhu. Anda telah membuat anak-anak akak semua duduk depan tv tengok cerita melayu. Kalau tidak, kartun aje yang mereka tengok.

Tak sabar nak tunggu apa sambungannya minggu depan. Ada Shah Jaszle dan Tiz Zaqyah. Tambah seronok nak terus menonton. 

Siapa yang tertinggal semalam, bolehlah tengok minggu depan. Baru episod 1 ni.Menarik cerita ni. Nak tahu sinopsis boleh klik sini.


************************************************
Ini pula selingan untuk entri semalam,

Medan Ikan Bakar Sabak Awor - Mari meneka harga (^_^)

Tiada seorang pun yang berjaya meneka dengan tepat, apatah lagi tak ramai juga yang turut serta. Entri suka-suka saja kan. 

Apa pun, aku perhatikan ramai yang memberi jawapan agak murah. Adakah jumlah yang kami bayar tu mahal sangat..huhu.Tapi dulu-dulu pergi, untuk menu yang hampir serupa cuma bayar dalam RM88 saja tak silap. 

Mula-mula aku ingat jumlah yang kami bayar malam tu, kira murah jugalah, tapi bila tengok tekaan dari rakan-rakan semua, terasa mahal pulak.

Oklah, jumlah harga yang kami bayar untuk menu itu ialah RM101.00. Mahal ke murah ekk??

~ يوس ~

36 comments:

  1. best ke citer ni?huhuh..izwa ni jarang la ikut citer melayu..bkn tak suka cuma tak suka pelakon2 nyer jekk..kekekeke...tapi biler akak ckp best kang nk tgk lah..:D

    ReplyDelete
  2. salam yus..nak kena tengak tu
    yus tekaan akak hampir nak tpt tu 99,,lari dua hinggit je

    ReplyDelete
  3. saya terlepas la kak..tidokan anak ngan mak sekali tertido, bangun2 cite dah habis..tgk iklan cam best byk pengajaran.

    ReplyDelete
  4. @Mrs.Eady
    Bagi akak best....suka episod 1 semalam, tak tahulah kalau makin berkembang episod nya tak best pulak kan..

    ReplyDelete
  5. @suri solehah
    ha'ah. yus ada jawab dalam komen entri semalam, hampir tepat tapi tak tepat..hehe

    ReplyDelete
  6. @qemaishak
    betul tu, banyak pengajaran.....akak sendiri terharu...

    ReplyDelete
  7. tertengok juga cerita ni malam tadi.. he..he..

    bagus jalan ceritanya.. best juga bila tgk style lama2 tu..

    ReplyDelete
  8. 1 je komen...
    episod 1 gemilang.. dah sgt2 best & dia punya latar belakang pgambaran sgt2 cantik.. real jer... & episod 1 dah buat kn lya mnitiskn air mata :-(

    ReplyDelete
  9. akka mmg berniat nk tgk sb dah tgk promo 2 tiga kali..tapi terlepas gak sb ralit dok buat keje skoloh...huhuhuhu

    xpa..next week tgk sb ni citer psl cikgukan..ada kaitan nih...hahahaha

    ye ke dok yus akak nih citer psl cikgu tu..hehehe

    ReplyDelete
  10. KZai suka tengok dah nak last2...maleh nak follow sgt nanti addicted, lagi payah...bab mkn tu plak rasa reasonable la...k zai pernah mkn diUmbai kurang skit dari lauk yg Yus Order..harga cecah 250 hinggit...mmg terkedu tapi pasai mkn kzai Layan kan jer....

    ReplyDelete
  11. btoi la...kakD pun semlm bukan nk tngk sgt pun...tapi tertngk la plak n trus melekat sampai abis cerita...

    ala pasai semlm kakD tak nengok ye n3 kamu tu...adus terlepas la plak..klu tidak leh dpt mkn free kan...(adakah anda menyebut utk belanja mkn sapa yg bleh teka?)pandai2 ja kakD kan...hehehhehe...

    ReplyDelete
  12. smlm sy tgk...tapi dah dekat nak abis2 dah...best jugak cite gitu...dan menarik...

    ReplyDelete
  13. @Hanis Azla
    best kan kak Hanis jalan ceritanya.

    Saya suka sbb anak saya tgk citer ni mereka mcm ada keinsafan gitu. Tak kisah le walau sekejap cuma...:)

    ReplyDelete
  14. @LYAfrina
    samalah, saya pun menitiskan air mata semalam...huhu

    ReplyDelete
  15. @sarah-najwan
    betul lah kak. memang ada citer pasal cikgu...hehe

    ReplyDelete
  16. @C28su
    uish, mahai tu kak sampai 250 hinggit. Tapi mungkin juga kuantitinya banyak lagi tak.

    Saya pun dah lama tak tgk drama kak, smlm tertengok terus jatuh minat dgn citer gemilang ni..hehe

    ReplyDelete
  17. Budak yg jadi LAH masa kecil tu sekarang berlakun dlm siri MR MAMA tu...

    ReplyDelete
  18. @LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
    kan kakD. Memang buat punggung tu terus melekat depan tv kan..hehe

    yelah, pandai2 aje akak. Yus cuma kata InsyaAllah kalau ada yg tepat tekaannya boleh beri special award...hihi.

    Takpe kak, kalau ke Muar boleh singgah situ, kita makan sama2 bayar sendiri2 kan...hehehe

    ReplyDelete
  19. @~aSHa~
    episod 1 dah menarik, harap2 endingnya juga menarik kan asha...:)

    ReplyDelete
  20. @azieazah
    Ha'ah ada terperasan juga. Dia juga yang berlakon citer cucu buluh betong tu kan...yg Sheila Rusly punya citer dulu tu...

    ReplyDelete
  21. tak tengok drama2..nur kasih pun tak tengok..hihi..

    akak..ala..baru smlm nak teka 100..tp matikan niat rs 80 je..dh agak 100..sbb klu kt kuantan pun makanan mcm tu dh 100..huhu

    ReplyDelete
  22. nnt nak tgk kat tv3 online lah..nmpknye lambat la sikit sbb nk kena tunggu tv3 upload dulu..huhu

    p/s : akak, nie link baru blog kite ye..www.oishiiryori.blogspot.com .. blog lama officially closed..hehe

    ReplyDelete
  23. alamak terlepas la tengok cite nie hu3..

    ReplyDelete
  24. Yus...drama Kabir Batia eh? Alamak dah terlepas 1st episod lah... mesti tengok ni...

    ReplyDelete
  25. salam yus.sama macam anie..terlepas..

    ReplyDelete
  26. tk sempat le nengok...ade buku bagus utk abid nih..jemput ke blog

    ReplyDelete
  27. tak sempat tgk lagi

    nx week kot..

    ReplyDelete
  28. @atie
    hehe..lenkali ikut firasat yang pertama eh...:)

    ReplyDelete
  29. @Umie
    oo, ok blog baru. Akak dah follow..hehe

    ReplyDelete
  30. @Amy Syaquena
    Takpe next week ada sambungan....:)

    ReplyDelete
  31. @aNIe
    Ye kak. Jangan terlepas pula lepas ni...hehe

    ReplyDelete
  32. @ermayana a.k.a mrs mahzan
    Oo ye ke? Nanti ye akak singgah. Ada keje lagi belum beres sebenarnya...hihi

    ReplyDelete
  33. semalam tido semalaman.


    kita demamlah...



    kena book tv minggu depan.. (^_^)

    ReplyDelete
  34. @a.z.r.i.n.a.03.07
    hehe....booking jgn tak booking azrina...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...