Tuesday, November 24, 2009

Aqil dan keputusan periksanya.

Hoho...ada dua tiga cerita nak update, tapi gambar semua masih dok dalam kamera. Nak transfer ke pc tak dapat transfer macam selalu, sbb usb cable nya tak tahu simpan kat mana masa pindah hari tu. Ini cpu lama, takde sd card reader macam cpu baru ku yang rosak itu. Hai!! Bilalah nak betul agaknya. Jadi bila aku nak transfer gambar, terpaksa aku suruh SRD transfer dulu ke laptopnya, pas tu pindahkan ker pen drive aku, dah  lepas tu baru aku masukkan dalam cpu aku ni punya hard drive.Huhu..banyak keje betul.

So, nak letak gambar masa birthday Abid hari tu tak dapat lagi. Nasib baik gambar ni ada dalam pc ni, bolehlah aku update citer.

Cuti sekolah sudah pun bermula. Apa keputusan akhir tahun Aqil di sekolah hari tu? Sekolah agama ada peningkatan mendadak. Dari no 8 dia dapat no 3. Dapat hadiah di hari penyampaian hadiah. Suka hati dia. Ibu pun tumpang bangga.


Itu cerita sekolah agama. Bagaimana pula dengan sekolah kebangsaan? Ini pun keputusan mengejutkan. Dari no 1 awal tahun, pertengahan tahun, periksa bulanan..semua berada di hadapan. Tiba2 akhir tahun menjunam terus ke no 12. Huhu..ambik nko!! Dia tak sad pun, cuma bila tengok muka aku sedih sikit, dia sedih sebab aku sedih. Tapi aku tak salahkan dia 100%. Masa hari peperiksaan tu, dua hari pertama dia demam. Hari pertama paling teruk. BM dapat 69% jer. Banyak dia tak jawab. Balik rumah masa hari periksa tu, memang dia menangis. Katanya, Aqil tak sempat jawab ibu, kepala Aqil pening sangat. Mesti Aqil dapat teruk kan ibu....huhu, dia sendiri dah dapat mengagak. So, memang betul seperti jangkaan dia sendiri. Mamat beriya dapat kereta control kalau dapat no 1, sekali no 12...hehe. Frust sebab tak dapat kereta kontrol, tapi katanya takpelah ibu. Aqil nak kaler LUNA yang besar punya jer...bolehkan. Masih ada hati nak hadiah tu.

Takpe Aqil. Baru darjah 1 kan. Harap prestasi selepas ini baiklah yer.


Ini pula wajah Alia dan Abid di hari penyampaian hadiah sekolah agama Aqil. Memula, kakanya yang pakai tudung, masuk sekolah agama kan. Tapi kerana lambat sangat menunggu acara selesai, si adik pulak yang pakai...haha. Lantak koranglah, asal tak mengaruk sudah. Abah takde, ibulah yang melayan...alhamdulillah semua berjalan lancar.

~ يوس ~

Friday, November 20, 2009

Anggunayu

Jumpa satu web ni. Memang sesuai untuk mereka yang ada jual produk online, atau pun mereka yang suka beli online bolehlah join sekali. Macam ebay sikit, dan boleh join affiliate programnya, dapat juga credits. Menarik bukan.

Ada sesiapa nak turut serta....Klik gambar di bawah yer.



atau pun klik yang ni...


~ يوس ~

Wednesday, November 18, 2009

Perkembangan Rumah

 Salam Blogku,

Lama sungguh menyepi. Last update masa Ramadhan lepas. Nampak sangat aku malas betul nak tgk blog ni. Lebih pada fb. ..huhu.

Kami belum pindah rumah. Sekarang proses renovation dah bermula. Baru mula Ahad lepas. Dua tiga hari ni hujan saja. Aku tak tahulah progres bagaimana setakat ini. Ini gambar yang sempat aku ambil semasa aku menjengah ke tapak projek Isnin lepas.



Abid tengok apa tu?




   


Ikut jangkaan 2 bulan siap. Projek besarkan dapur. Harap semuanya berjalan lancar.

Dan aku sekarang ada misi baru. Sila klik sini....


~ يوس ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...